PENDAFTARAN AHLI ALUMNI SK KANGKA TEBRAU

Nama Penuh : *
Tahun Persekolahan *
Email *
No. Telefon
Pekerjaan
Alamat *
Laman Blog(jika ada)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Sabtu, 6 Ogos 2011

KE ARAH PENUBUHAN ALUMNI SKKT(SEBUAH CADANGAN)


KE ARAH PENUBUHAN ALUMNI
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU
DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR

Sebagai respons kepada cadangan bekas pelajar SK Kangka Tebrau, Johor, Ini adalah cadangan sahaja. sesiapa yang berkesanggupan menjadi AJK penaja persatuan ini bolehlah berbincang terlebih dahulu sebelum pertubuhan alumni boleh ditubuhkan. Setelah perbincangan dilakukan oleh bekas2 pelajar, cuba adakan pertemuan dengan pihak pentadbiran sekolah. Mungkin tempoh yang lama diperlukan bagi merealisasikan impian ini. Namun begitu sekiranya pihak penaja mendapat kerjasama yang kuat daripada bekas2 pelajar maka impian ini menjadi kenyataan.

Bagaimana menubuhkan persatuan bekas pelajar (alumni)? Berikut adalah beberapa langkah yang MUNGKIN boleh diikuti:

Langkah 1 : menubuhkan satu jawatankuasa penaja.
AJK penaja persatuan alumni mesti ditubuhkan untuk menjadikan ia sebuah organisasi sosial yang sah. Ia mesti terdiri sekurang-kurangnya,
PENAUNG/PENASIHAT  ;
PENGERUSI                        ;
NAIB PENGERUSI        ;
SETIAUSAHA                      ;
NAIB SETIAUSAHA               ;
BENDAHARI                        ;
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK 1)
2)
3)
4)
5)
 

Langkah 2 : menyediakan satu kertas kerja dan diserah kepada pihak sekolah untuk semakan.
AJK penaja hendaklah menyediakan kertas kerja mencadangkan penubuhan persatuan bekas pelajar. Antara kandungan terpenting ialah:
  1. Nama persatuan. Selalunya ada dinyatakan nama sekolah sekali. Contohnya, Persatuan Alumni SK Kangka Tebrau.
  2. Tujuan penubuhan.
  3. Jenis dan syarat keahlian. Selalunya di panggil ahli biasa dan syaratnya mesti pernah bersekolah di SK Kangka Tebrau, Johor
  4. Tabungan. Berkaitan sumber kewangan.
  5. Cadangan sumbangan persatuan kepada pihak sekolah. Ini penting kerana persatuan alumni ditubuhkan selalunya bagi tujuan menyumbang semula kepada pihak sekolah, dalam apa jua bentuk yang sesuai.
  6. Lain-lain perkara.
Langkah 3 : menunggu kelulusan dari pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Langkah ini terpaksa dibuat kerana ia menggunakan nama berdaftar sekolah.

Langkah 4 : Mengedarkan surat atau kad jemputan hadir ke mesyuarat agung pertama persatuan alumni
Di sini, pihak ajk penaja mesti menganjurkan mesyuarat agung penubuhan yang pertama kali. Lokasi mesyuarat terserah kepada pihak ajk penaja, sekolah tidak akan terlibat secara langsung. Anda boleh berusaha menghubungi bekas-bekas pelajar seramai mungkin. AJK penaja boleh juga, dengan kerjasama sekolah, mengedarkan kad jemputan melalui pelajar-pelajar sedia ada kerana sebahagian mereka adalah adik beradik kepada bekas pelajar.

Langkah 5 : Menjalankan mesyuarat agung dan melantik AJK tetap pertama dan perlembagaan persatuan.
Di sini AJK penaja akan memulakan mesyuarat agung. Antara agenda penting ialah perlantikan AJK pertama, tetap atau bertempoh, dan membentangkan cadangan perlembagaan persatuan untuk diundi oleh hadirin. Kehadiran sangat penting dan hadiran sepatutnya menjadi ahli alumni yang baru itu.

Langkah 6 : AJK Induk pertama mendaftarkan persatuan alumni ini dengan pendaftar pertubuhan.
Pendaftaran dengan pendaftar pertubuhan akan membolehkan alumni sekolah membuat aktiviti lebih luas. Tanpa pendaftaran, dikhuatiri aktiviti-aktiviti sosial alumni di luar dianggap melanggar undang-undang.

LAGU SEKOLAH YANG KITA BANGGAKAN

Sabtu, 23 Julai 2011

Majlis Reunion SKKT

 Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/event.php?eid=132398626839929

Masa
08hb Oktober · 8.00 ptg - 11.30 ptg

Lokasi
SKKT

Dianjurkan Oleh:

ForEX SKKT

Maklumat Lanjut
Harga RM50 seorang dan segala pembayaran boleh dibuat melalui no akaun di bawah:
101280016564 ( KAMAL BIN AHMAD )
Kepada rakan-rakan yang berdekatan boleh juga membuat pembayaran kepada rakan-rakan yang namanya di bawah:
En Zuli             012-7443116      
En Alfian             016-7445142      
En Osman             017-7469994      
En Kamal             019-7275588      
En Azman             014-2776720      

Isnin, 4 Julai 2011

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU

SEJARAH KANGKA TEBRAU

Pada masa itu, negeri Johor adalah di bawah pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) dan Johor masih mempunyai kawasan hutan yang terbentang luas dan belum pernah diterokai. Justeru itu, baginda telah memperkenalkan sistem “Kangcu” untuk menggalakkan masyarakat China berhijrah dari Singapura ke Johor. Mengikut pengkaji sejarah tempatan Wu Hwa, Chen Kai Shun menyahut seruan baginda dan membawa lebih kurang 4000 orang buruh China, yang terdiri daripada ahli-ahli kongsi gelap Ngee Heng, masuk ke Johor. Mereka menaiki bot di Augang, Singapura dan sampai ke muara Stulang Laut, kemudian belayar sepanjang Sungai Tebrau sehingga Kangkar Tebrau. Pada masa itu, tongkang merupakan kenderaan yang utama. Muara Stulang Laut telah menjadi pintu masuk orang China ke Johor Bahru. Sungguhpun sebahagian besar buruh tersebut terdiri daripada keturunan Teochew, tidak kurang juga mereka daripada keturunan lain, seperti Hainan.

Pada 22 hb Oktober 1844, satu Surat Sungai telah dikeluarkan oleh Temenggung Ibrahim kepada Chen Kai Shun supaya beliau boleh menerokai tanah-tanah serta menanam gambir dan lada hitam secara komersial di Kangkar Tebrau. Pada masa itu, kawasan itu dikenali sebagai Chen Cuo Gang oleh masyarakat China . Surat Sungai Kangkar Tebrau merupakan Surat Sungai yang kedua dikeluarkan oleh kerajaan Johor selepas surat pertama yang diberikan kepada seorang pekebun China Lau Lib Keng di Sungai Skudai.

Pada tahun 1844, Temenggung Ibrahim telah mengeluarkan Surat Sungai yang kedua kepada Kapitan Tan Kee Soon atau Chen Kai Shun (陈开顺) (Lampiran 3) dan membenarkan beliau membina petempatan di Kangkar Tebrau. Chen Kai Shun telah membawa sekumpulan kuli Cina (kebanyakan dari suku dialek Teochew) dari Singapura ke Kangkar Tebrau dengan perahu. Mereka telah mendarat di Kangkar Tebrau dan mula meneroka kawasan itu. Pada masa itu, ramai peneroka telah meninggal kerana menghadapi banyak ancaman, seperti penyakit tempatan, ancaman binatang liar, masalah penyesuaian diri dengan iklim serta alam sekitar tempatan dan sebagainya.


Sumber ekonomi utama pada masa itu ialah penanaman gambir dan lada hitam disebabkan permintaan yang tinggi. Kemudian, tanaman tersebut telah digantikan oleh tanaman getah akibat kemerosotan permintaan gambir. Semasa kawasan itu dibuka oleh Chen Kai Shun, Kangkar Tebrau telah dikenali sebagai “Chen Cuo Gang” (陈厝港) oleh masyarkat Cina pada masa itu dan nama ini masih diwarisi sehingga hari ini.


Pada kemuncak kecemerlangan, Kangkar Tebrau diduduki oleh lebih daripada 4000 orang Cina. Pada masa itu, Kangkar Tebrau merupakan sebuah kawasan yang makmur dengan kedai-kedai, rumah pelacur, rumah judi dan rumah candu juga kelihatan di situ. Selain itu terdapat balai polis dan kastam . Pada masa tersebut Kangkar Tebrau seperti sebuah pekan . Antara jalan-jalan utama di kawasan itu ialah Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Kangkar. Namun sejak kedatangan Jepun ramai kaum Cina telah berpindah ke tempat lain.


Masih terdapat bangunan kedai lama di Kangkar Tebrau , tetapi bangunan tersebut telah menjadi tempat bengkel motosikal, pengimpalan besi , dan ada juga telah juga dibiarkan usang begitu sahaja. Diantara bangunan kedai bersebelahan balai polis bermulanya Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau , sebelum dibina ditapak yang sekarang.

SEKOLAH MELAYU KANGKAR TEBRAU (SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR TEBRAU/SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU)

Pada awal pembinaan Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau ia bermula dengan tumpangnya murid di bangunan kedai lama yang telah dijadikan sekolah bermula pada tahun 1931 dengan jumlah murid 20 orang. Pada masa tersebut Kangkar Tebrau masih sebuah pekan, Dideretan bangunan itu terdapat balai polis, kastam dan jeti untuk memungah barangan. Kerana semasa tersebut Kangkar masih lagi salah satu pengeluar lada hitam. Kemudian pada tahun 1933 barulah Sekolah ini berpindah tapak yang sekarang. Pada masa tersebut ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Kangka Tebrau.


Pada asalnya sekolah ini dikawasan yang dipenuhi dengan kelapa dan lada hitam pada masa tersebut hanya terdapat 10 buah rumah sahaja. Kebanyakan murid pada masa itu dari Batu Tujuh, Pandan dalam dan luar. Pada masa tersebut murid telah bertambah kepada 93 orang sahaja. Bangunan yang ada pada masa tersebut cuma bangunan kayu sahaja yang tidak dilengkapi dengan apa-apa. Pada masa tersebut murid cuma bersekolah setakat darjah empat sahaja. Dengan guru seramai 4 orang . Guru Besar pada masa tersebut dikenali sebagai Cikgu Md Said dibantu oleh Cikgu Omar, Cikgu Raja Mat dan Cikgu Kassim. Bagi tahun lima dan enam murid akan pergi ke Sekolah Ayer Molek. Pada masa tersebut tidak ditetapkan had umur murid. Pada tahun tersebut murid cuma belajar dari pukul 8pagi hingga 12 tengahari. Pelajaran yang diajar pada masa tersebut ialah Congak, Ilmu Hisab, Tulisan rumi, Bacaan Melayu, Ilmu alam dan Tawarikh. Sebelum memulakan pelajaran murid akan berkebun sayur dengan menyiram tanaman yang disediakan.
Semasa Perang Jepun.


Sekolah ini telah dijadikan dan diubahsuai sebagai tempat menyedut air dengan didirikan rumah pam air pada masa tersebut ia juga menjadi markas jepun . Air yang keluar dari air pam tersebut berwarna jernih tetapi berasa kelat. Sekolah ini dijadikan markas kerana berhampiran dengan Batu Tujuh yang menjadi lapangan terbang Jepun sehingga Jepun menyerah kalah.
Bagi meneruskan pendidikan semasa perang Jepun , pelajar telah menumpang belajar dirumah orang yang dikenali sebagai Pak Mat. Bawah rumah pak Mat telah dijadikan sebagai kelas sebanyak 2 kelas , diajar oleh Cikgu Maheran dan Cikgu Md Som Bin Mohamad. Pada masa tersebut murid hanya diajar dalam bahasa Jepun samada dari segi tulisan atau sebutan.
Murid pada masa tersebut berada dalam hidup yang susah kerana sumber asas adalah terhad, Sumber utama adalah ubi kayu. Oleh itu bagi pendidikan pada zaman Jepun dari empat kelas menjadi dua kelas sahaja.


Selepas perang
Bangunan sekolah kangka telah mengalami perubahan dengan pertambahan bangunan.


Kantin
Pada peringkat awal tidak terdapat kantin. Pada masa tersebut murid membeli makanan dari warung yang berhampiran. Kemudian pada hujung 60an kantin telah disediakan diblok wira iaitu dibawah kolong. Pada 1972 barulah murid menggunakan sepenuhnya kantin. Kantin tersebut tidak digunakan lagi dan telah menjadi serambi ilmu dan sekarang murid menggunakan kantin baru di blok Exora.


Bangunan

Pada tahun 1933 hanya terdapat sebuah bangunan sekolah yang dibuat daripada kayu dan padang. Pada masa pembinaan awal tidak ada kemudahan asas jadi bagi mendapatkan bekalan air kiri kanan bangunan Wira disediakan kolah untuk menangkung air daripada air hujan. Air itu digunakan untuk aktiviti tanaman dan sumber yang lain.


Bermula dengan bangunan Wira dan diikuti dengan bangunan Satria . Seiring dengan pertambahan murid dan perkembangan pendidikan. Kedua-dua bangunan tersebut sudah diruntuhkan bagi pembangunan dan digantikan dengan bangunan Exora. Pada hujung 60an telah dibina bangunan sekolah yang mempunyai tiang kerana kawasan sekolah ini sering dilanda banjir bila musim tengkujuh bangunan ini berdiri teguh hingga sekarang iaitu blok Iswara . Pada awal 80an bangunan Perdana pula telah dibina bangunan tersebut lebih tinggi dan telah ditambak sebelum didirikan bangunan , Pada 90an pula telah dibina bangunan diblok Rusa dan Putra.
Sebelum terdirinya bangunan sekolah agama. Para pelajar akan menumpang bangunan dengan sekolah kebangsaan dimana sebelah pagi murid mendapat pendidikan sekolah kebangsaan manakala sebelah petang pula mendapat pendidikan sekolah agama.
Pada tahun80an setiap khamis malam Jumaat ada disediakan penayangan wayang yang dikenali wayang pacak dan juga tayangan filem daripada finas. Justeru itu padang sekolah telah menjadi padang sekolah kemasyarakatan.


Seiring dengan kepesatan pembangunan hanya tiga bangunan yang masih berdiri dengan lamanya blok Perdana, Wira dan Kantin. Dengan keluasan 6 ekar dan 5 blok bangunan sekolah 2 dewan besar, surau, 2 makmal komputer, kelas prasekolah serta persekitaran sekolah yang indah bagi kegunaan murid seramai 567 orang, 53 orang guru, serta 6 kakitangan sekolah. Semoga di bawah kepimpinan Guru Besar sekarang iaitu Tn Hj Harun B Abdullah, Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau terus melangkah dengan jayanya serta dapat mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.



Kepimpinan bekas pelajar
Sekolah ini telah melahirkan ramai murid yang berjaya. Antaranya Ibu kepada YDP PIBG SK kangka Tebrau Dato’ Haji Sukarno Bin Sayuti iaitu Puan Hajah Tuminah binti Safar adalah bekas murid sekolah ini yang terawal telah menjadi salah seorang ahli perniagaan melayu yang berjaya. Ada dari kalangan bekas pelajar sekolah ini telah melanjutkan pelajaran keluar negeri dan memegang jawatan yang utama dalam sektor awam dan swasta seperti doktor, pendidik, eksekutif dan lain-lain lagi. Sekolah ini telah melahirkan murid yang berjaya berkat usaha gigih dari kalangan guru-guru disokong oleh pihak pentadbir, PIBG dan penduduk setempat. Semoga usaha murni ini akan berterusan untuk selama-lamanya.

Selasa, 28 Jun 2011

ALUMNI SK KANGKA TEBRAU

Diasaskan pada29 Jun 2011


Misi
Mengumpulkan bekas pelajar dan bekas staf sekolah dalam satu program JEJAK WARISAN
 


 


LOGO SK KANGKA TEBRAU(TERKINI)

LOGO SK KANGKA TEBRAU(TERKINI)

LOGO SK KANGKAR TEBRAU

LOGO SK KANGKAR TEBRAU